memburu kasih ilahi
Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling bertuah kerna di kurniakan akal yang amat berguna. tp sayangnya manusia sering lupa pada pelbagai kelebihan yang patut digunakan pada jalan kebaikan bkn pada keburukan. tugas kita sebagai seorang hamba menyampaikan risalah-risalahyang membawa kembali kawanan manusia kejalan kebenaran namun kerja yang patut dilakukan oleh setiap insan yang bergelar hamba Allah ini sepatutnya bertujuan untuk mendapatkan limpahan rahmat kasih, cinta dari Rabbul Jalill..
Kasih Sayang inilah yang patut diburu bukannya memburu cinta sesama makhluk yang hanya bersifat fana semata-mata. seringkali manusia terlupa terhadap perkara ini, manusia mencari-cari ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan tetapi mereka seumpama meraba didalam gelap padahal semuanya berada terlampau hampir dengan diri masing-masing bahkan lebih dekat dari apa yang kita sangkakan.
Nukilan ini tidak bermakna yang kita menolak perasaan cinta yang datang bertandang tapi ianya harus disulami dgn kecintaan terhadap Yang Mengurniakan perasaan tersebut. remaja hari ini sudah terlampau hanyut dalm percintaan yang pada asalnya rasa yang dikurniakan ini satu benda yang suci akhirnya menjadi memori yang kononnya "indah" namun tanpa disedari telah menconteng arang pada semua pihak... fikir2kan ye....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sahabatku
About Me
- ibnuNawawi
- seorang insan yang mendamba kasih ilahi.. hanya keredhaan Mu yang ku cari.. ku geruni kemurkaan Mu.. agar memperolehi kasih sayang Mu..
0 comments:
Post a Comment